Thursday, December 25, 2008

Dimanakah nilai review akhbar Malaysia?

Secara lumrahnya, sebelum ke panggung, review bagi sesetengah filem mempengaruhi keinginan bakal penonton untuk menonton di panggung. jika bagus reviewnya, maka berduyun-duyunlah orang gi beli tiket. itulah kuasa media. maka adalah menjadi tanggung jawab penulis review untuk memberikan kritikan dan review yang adil dan saksama. tidak boleh kita nak nafikan bahawa setiap pandangan adalah subjektif dan berbeza-beza. namun haruslah sesuai dengan taraf sebenar filem itu sendiri.

HISTERIA merupakan sebab utama artikel ini ditulis. baru je tadi balik dari tengok mid night filem tu. review media dengan realiti filem sebenar, jauh panggang dari api atau lebih kasar lagi, penulis review tak cukup ilmu atau matang untuk review. bukan saya seorang saja yang rasa begini. untuk tidak menghadkan ideologi dan menyempitkan pemikiran saya, beberapa rakan yang turut sama menonton juga saya soal juga agar tak syok sendiri. dan kesimpulannya, memang review over melampau. menurut akhbar Berita Harian, "Setaraf filem seram holywood. Tidak melampau jika dikatakan Histeria merupakan filem melayu seram terbaik pernah dihasilkan". kat mana realiti kata-kata awak tu wahai cik wartawan. mungkin anda baru je tengok 2 atau 3 filem seram hollywood. jangan kerana minat satu dua pelakon terus nak back up filem tu. faktor audience dalam panggung pun harus diketepikan oleh pengkritik profesional. kadangkala, bila panggung penuh dan ramai yang menjerit, terus satu bintang ditambah pada review asal. janganlah begitu yer. kasihanilah orang yang mahu menilai seni sebenar sesuatu karya. seni dan hiburan harus jalan seiringan. barulah best.

jangan salah faham, artikel ini bukan nya untuk menghentam filem HISTERIA. takde kena mengena dengan pengarahan atau pun ape2 lah pasal filem tu sebab filem tu hanya another filem yang ditayangkan di panggung. cakap macamana pun, filem tu dah siap dan dah tayang. cuma sayang review film telah menyebabkan filem ini dijadikan bualan hina dan satu perbincangan hangat. so krew Histeria, janganlah marah. saya minat pulak kat liana jasmay ngan scha tu.. huhu.. solekan dan hantu dia better dari film melayu lain.

next time, kami semua taknak percaya sangat kat review. kalau rasa nak tengok just gi je beli tiket terus tengok. ape-ape pun, media haruslah membantu pembaca dengan realiti sebenar, bukan satu penipuan.

Adios!

Along.

No comments: